2011 telah menjelma, 2010 telah pergi meninggalkan kita. Di 2010 banyak kenangan pahit dan manis, kejayaan dan kegagalan, kegembiraan dan kesedihan yang kita lalui...jadikan apa yang pahit, gagal, sedih menjadi iktabar dan pengajaran utk kita di tahun 2011 ini. Jadikan manis, kejayaan, dan kegembiraan di tahun 2010 sebagai perangsang dan pemangkin semangat untuk kita di tahun 2011 ini.
Jadi apakah misi dan azam sahabat sekalian di tahun 2011 ini?
Nak cite la sikit kat sini, apakah azam dan misi saya untuk 2011 ini. Insyallah dgn niat, doa, tekad dan usaha, Insya'allah semua nya akan tercapai. Amin
Misi & Azam 2011 ini:
1. Menjadi insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang di dunia dan akhirat. (yang ini misi sepanjang hayat)
2. Menjadi CDM pada 11 Disember 2011. (insya'allah..amin)
3. Nak beli kereta yang pertama (tunggu dan lihat apa kereta nya nanti)
4. Nak mensasakan badan (hahahaha...termasuk jugak didalam misi 2011 ni)
5. Nak carik jodoh dan kahwin (ni misi menamatkan zaman bujang. hehehe)
Jadi inilah lima misi dan azam utama saya untuk 2011 ni. So, apakah misi sahabat2 sekalian untuk tahun baru ini?
0 ulasan:
Post a Comment